Search This Blog

Jihad Lillahi Taala..

my post...

get this widget here

Sunday, 25 March 2012

Doa orang yang Taubat


Abu Hamzah Ats-tsumani meriwayatkan dari Imam Sajjad bahawa pada suatu hari seorang lelaki serta isterinya naik kapal menuju tanah airnya.Malangnya ditengah samudera,kapal yang mereka naiki itu dilanda ombak dan akhirnya berpecah berkeping-keping.Seluruh penumpangnya tewas,kecuali isteri lelaki itu.Ia selamat kerana memegang bongkah kayu pecahan.Akhirnya ia terdampar di sebuah pulau.kebetulan pulau itu hidup seorang perompak.Ia sangat hairan menemukan seorang wanita dipulau itu.

“Engkau manusia atau jin?’’ Tanyanya kehairanan.
Wanita itu menceritakan peristiwa yang telah dialaminya,sambil memelas meminta pertolongan.Namun,lelaki itu bersikap acuh tak acuh,bahkan mulai mendekati wanita itu dan mengajak bercumbu.Seketika wanita itu gementar dan menggigil ketakutan.
“Mengapa kau gementar dan ketakutan?’’tanyanya.
Sambil mendongak ke langit dan menunjukkan dengan jarinya perempuan itu menjawab ‘’Aku takut kepada Allah!.’’

‘’Apakah kau pernah melakukan hubungan kelamin?’’ Tanya lelaki itu.
“Demi Allah aku belum pernah melakukannya’’ Jawab perempuan tersebut.
‘’Meskipun kau tidak pernah melakukan zina dan kini akan diperkosa,kau tetap takut kepada Allah.Semestinya aku lah yang lebih layak takut kepadaNya,kerana aku sering melakukan zina,bahkan kini aku akan memperkosa seorang wanita sebatang kara,’’ tutur lelaki itu berbangga dengan perbuatannya.

Lelaki itu akhirnya bertaubat,memohon keampunan kepada Allah,lalu meninggalkan pulau itu dan pulang ke kampong halamannya.Sejak saat itu,ia menjadi orang yang soleh dan bertaqwa.
Pada suatu hari,dalam perjalanan pulang ke rumahnya,ia melintasi padang pasir dan berjumpa dengan seorang pendeta yang taat beribadah.Pendeta tersebut juga dalam perjalanan pulang menemui sanak keluarganya.Mereka berdua menjadi kawan seperjalanan.
“Kawan,berdoalah agar Tuhan menaungi kita dari sengatan matahari sepanjang perjalanan ini..” ujar pendeta itu kepadanya.

‘’Aku tidak mempunyai bekal perbuatan yang baik.kerana itulah aku tidak berani memohon apa pun kepadaNya,’’ balas lelaki itu bekas perompak itu.
‘’Kalau begitu,akulah yang bedoa dan kau mengangkat tangan sambil mengucapkan ‘amin’….’’ tambahnya.‘ ’Baiklah,’ ’ sahut lelaki itu setuju.

Kedua orang lelaki itu melaksanakan tugasnya masing-masing.Doa dikabulkan.Awan pun datang memayungi mereka hingga sampailah mereka dipersimpangan jalan.Mereka berpisah.namun tidak lama kemudian,awan itu mengikuti anak muda yang bertaubat,sebaliknya menjauhi kepala sang pendeta.
Pendeta itu menghampiri pemuda tersebut.

“Kau lebih baik dari aku.Ucapan ‘amin’mu telah dikabulkan bukan doaku.Sekarang katakana kepadaku amal perbuatan apakah yang pernah kau kerjakan?’’

Pemuda itu kemudian menceritakan kejadian yang dialaminya dengan seorang wanita dipulau masa lalu.Pemuda itu menyimpulkan rahsia yang dikabulkannya ‘amin’ yang diucapkan sang lelaki tersebut.
“Semua dosa-dosamu yang terdahulu telah diampuni oleh Allah,kerana rasa takutmu kepadaNya.Kini,waspadalah!jangan sampai anda berbuat dosa yang merosak ampunanNya’’ 

Monday, 5 March 2012

Syoknya Solat Dhuha!!!

TUESDAY, MARCH 6, 2012

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang...

Alhamdulillah, dengan izin Yang Esa, dapat juga saya meneruskan perjalanan dakwah ini. Kali ini, saya ingin kongsikan dengan sahabat-sahabat mengenai solat sunat dhuha. Solat sunat yang menjadi amalan Nabi s.a.w. tetapi dipandang enteng sebahagian daripada kita iaitu umat baginda.

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Baru-baru ini, pada 2/3/2012 yang lalu, unit HEP di universiti saya telah menjalankan satu program iaitu ‘Perlancaran Pembudayaan Pembacaan Doa Mingguan’. Walaupun program ini dijalankan dalam masa yang agak singkat sekitar sejam sahaja, namun ia memberi satu motivasi buat diri saya. Pembacaan doa telah diketuai oleh Ketua Rektor universiti saya sendiri iaitu Prof. Dr. Hj. Khudzir bin Hj. Ismail . Dalam sesi ucapan daripada beliau, beliau banyak menekankan mengenai fadhilat dan kelebihan solat sunat dhuha.

Terdapat banyak hadith yang membicarakan mengenai kelebihan melakukan solat sunat dhuha. Antaranya:
Dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)


Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Subhanallah, indah bukan... Solat sunat ini bukanlah membebankan kita sebenarnya. Yang penting ia sebagai salah satu wasilah untuk kita mendekatkan diri kepada Allah. Dalam novel Demi Dhuha yang pernah saya baca sebelum ini, ia membicarakan salah satu cara untuk kita memohon rezeki daripada Allah adalah dengan melalui perlaksanaan solat sunat dhuha. Subhanallah, betapa Allah itu Maha Pemurah kepada hamba-hambaNya.

Jadi, jika Nabi Muhammad yang maksum itu juga melaksanakannya, apatah lagi kita insan biasa ini.

Saya tidaklah kata untuk menegaskan solat sunat ini perlu dilakukan. Tetapi sebagai tanda kecintaan kita kepada Allah dan Rasulullah, apa salahnya jika kita melaksanakannya dengan penuh keikhlasan. Lagi pula, agama Islam itu kan tidak menyusahkan. Jadi, di mana sahaja kita boleh melakukannya selagi tempat itu bersih dari najis dan mudah untuk melaksanakannya.

Misalnya, seorang pelajar universiti boleh melaksanakannya sekiranya ada masa terluang dan tiada kelas di waktu pagi.

Seorang pekerja boleh melakukannya sekiranya tiada apa-apa yang dilakukan. Bukankah ia lebih baik daripada berbual kosong.

Terimbau kembali kenangan sewaktu di sekolah menengah dahulu. Kebiasaanya ramai pelajar akan berpuasa sunat pada hari isnin dan khamis. Jadi, sekiranya tiada perkara yang hendak dilakukan, ramai akan ke masjid sekolah untuk melaksanakan solat sunat ini ketika waktu rehat.

Kita tidak perlu mengambil masa yang lama. Hanya sekitar dalam 5-10 minit untuk melakukannya. Sebenarnya, Allah memberi kita bonus dalam menambah amalan kita yang akan dibawa ke perkampungan akhirat nanti. Tetapi, haruslah diingatkan. Melaksanakannya bukan kerana pujian manusia tetapi buatlah semata-mata ketaatan kepada Allah.


Saya tercuit hati dengan kata-kata Ketua Rektor tempoh hari. Beliau memesan, nak buat solat sunat dhuha, buatlah tetapi jangan tinggalkan solat subuh. Dahulukan yang wajib baru laksanakan yang sunat. Tambahan pula, solat sunat dhuha ini boleh dilakukan selepas terbit matahari sehingga sebelum matahari naik atas kepala (lebih kurang sebelum pukul 12 tengah hari).

Beliau turut memesan, dalam mengejar dunia jangan lupa akhirat, dalam mengejar akhirat jangan lupa dunia. Hakikatnya, kita hendakkan kedua-duanya. Dan dunia ini hanyalah sementara. Amalan yang kita laksanakan di dunia adalah sebagai bekalan kita di akhirat nanti.

Sekiranya terdapat sebarang kesalahan dalam perkongsian kali ini, mohon ditegur. Setiap yang baik itu datanganya dari Allah, setiap yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri, dan hakikatnya kedua-duanya datang dari Allah dan disandarkan ke atas diri sayang yang kerdil ini. Sebelum saya mengakhiri perkongsian kali ini, mari kita sama-sama renung kembali, bukankah rezeki yang kita perolehi itu datangnya dari Allah?

Hayatilah doa ini...


postie-media

~kita diciptakan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini untuk mengimarahkannnya bukan merosakkannya~

Wednesday, 25 January 2012

Peristiwa Luar Biasa Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W

Nabi Muhammad dilahirkan pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah (20 April 571M), bersamaan Hari Isnin.

Kenapa tahun kelahiran baginda dipanggil Tahun gajah? Sebenarnya ada peristiwa aneh yang telah berlaku pada tahun itu. Peristiwa di mana Raja Abrahah membawa tentera bergajahnya untuk menyerang dan memusnahkan Kota Mekah dan Kaabah. Ketua tentera bergajah menunggang seekor gajah yang besar yang diberi nama Mahmudi.

Apabila hampir dengan tempat yang hendak diserang dengan izin Allah, gajah-gajah tersebut enggan maju ke hadapan, sebaliknya berundur. Tidak lama kemudian datang sekumpulan burung-burung kecil (Ababil) yang masing-masing membawa seketul batu pada kakinya, lalu melemparkan batu-batu tersebut kepada tentera bergajah. Lalu tentera bergajah pun hancur. Peristiwa menakjubkan ini ada terdapat dalam Al-Qur'an, Surah Al-Fil.


Sebenarnya banyak lagi keajaiban yang berlaku
 sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.:
1. Bonda Rasulullah (Aminah) tidak merasa susah sewaktu mengandungkan Baginda seperi ibu-ibu hamil yang lain

2. Sewaktu bonda Rasulullah sedang tidur, dia bermimpi didatangi oleh seorang Malaikat yang mengkhabarkan kepadanya bahawa dirinya sedang mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.

3. Peristiwa  cahaya berpindah dari wajah Abdullah (Ayahanda Rasululullah) ke wajah Aminah (Bonda Rasulullah)

4. Ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.

5. Tanah-tanah di persekitaran yang asalnya kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

6. Aminah bermimpi turut mengalami mimpi menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit, seperti kapas putih yang terapung di angkasa. Malaikat itupun berdiri di hadapan Aminag lalu berkata "Khabar bahagia untukmu, wahai ibu kepada seorang nabi. Puteramu itu akan menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''

Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.,

1. Sewaktu melahirkan Rasulullah, Aminah ditemani Asiah Binti Muzahim (Isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran (Bonda Nabi Musa). Ini menjadi petanda bahawa darjat Nabi yang lahir itu lebih tinggi Nabi Isa dan Musa. Telah diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil sebelum itu, bahawa akan lahir seorang nabi akhir zaman.

2. Bondanya menyaksikan cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria, menyerupai anak panah, bagaikan pelangi  di langit, boleh dilihat walaupun dari kota-kota yang jauh. Ada juga yang menggambarkan cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia.

3. Aminah melihat Baginda dalam keadaan terbaring sambil kedua-dua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.

4. Awan turun menyelimuti tubuh Rasulullah sehingga beliau mendengar sebuah seruan '"pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.

5. Berhala-berhala yang terdapat di persekitaran secara tiba-tiba  rosak dan musnah.

Riwayat daripada Abdul Mutalib, "Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata: telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui."
6. Gegaran berlaku di istana Kisra dan menyebabkannya retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

7. Api yang disembah oleh orang-orang Majusi di negara Parsi, yang telah selama seribu tahun tidak terpadam, telah padam dengan sendirinya.

8. Tasik Sava yang dianggap suci telah  tenggelam ke dalam tanah.
 
 
Setelah baginda lahir,

1. Kerap berlaku tembakan bintang (shooting star) menjadi tanda tamatnya pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib.

2. Setelah Halimatus Sa'diah (ibu angkat dan ibu susuan) membawa Rasulullah ke ladangnya di pergunungan, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau. Binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu,

3. Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.

4. Halimatus Sa'diah dan suaminya beberapa kali terlihat tompokan awan kecil berada di atas kepala  Rasulullah seolah-olah ingin melindungi Rasulullah daripada panas matahari.

5. Ketika Nabi berumur empat tahun, sewaktu Baginda sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, datang malaikat Jibril dan Mikail, lalu membelah dada dan mengeluarkan segumpal darah dari dada baginda. Gumpalan darah itu dicuci dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya. Hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 :
 Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?


Sesungguhnya kelahiran Nabi Muhammad s.a.w juga telah diketahui terlebih dahulu. Hal ini dinyatakan dalam kitab-kitab terdahulu iatu Taurat, Zabur dan Injil bahawa akan lahir seorang Nabi sebagai rasul yang terakhir.

Sekian SALAM MAULIDUR RASUL 2011. Semoga saya dan kita semua mampu mencontohi akhlak  dan ketinggian pekerti baginda. Tidak sempurna iman seseorang Islam itu jika tidak menggabungkan Al-Qur'an dan Al-Sunnah sekaligus dalam kehidupan. Wallahualam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...