kata2 hikmah..
my post...
Monday, 28 November 2011
Tuesday, 18 October 2011
Nilai Hidup Selepas Konvokesyen

Musim konvokesyen datang lagi. Tahniah kepada para graduan yang berjaya memperoleh sijil akademik masing-masing. Sijil yang dipegang dan dijulang akan lebih bermakna apabila ilmu dari pencapaian itu dimanfaatkan sebaik-baiknya. Maka, eloklah saya menyentuh beberapa aspek yang perlu kita sama-sama memperingati selepas graduasi.
Pertama, akademik adalah hanya salah satu cabang ilmu yang ada di muka bumi Allah SWT. Kita tidak seharusnya terus rasa senang dengan menggenggam sijil pencapaian kerana kita hanya diiktiraf dalam satu cabang ilmu dari beribu-ribu cabang ilmu yang lain.
Ilmu yang kita peroleh itu hanyalah pinjaman Allah kepada kita, sedangkan hakikatnya ilmu-ilmu Allah lebih luas. Maka, kita perlu terus mencari ilmu dan menambah ilmu yang ada dengan mengisi umur kita sehari-hari sebaik-baiknya.
Kedua, menerima hakikat bahawa ilmu Allah itu luas dan Allah Maha Bijaksana. Kita tidak layak bermegah-megah dan takabur dengan pencapaian kita. Meskipun, kita diiktiraf dengan pencapaian akademik yang menakjubkan, tidak bermakna kita hebat dalam semua bidang.
Begitu juga kita tidak perlu iri hati dengan pencapaian orang lain kerana setiap insan itu ada kelebihannya tersendiri dan hari ini bukanlah penamat bagi pencarian ilmu. Apa yang lebih penting adalah, kita masih boleh teruskan pencarian ilmu dan menjadi insan berilmu.
Dalam pada itu, kita perlu merendah diri dan sentiasa bersyukur kepada Allahkerana ilmu Allah begitu luas jika dibandingkan dengan apa kita peroleh. Rasa malu dan merendah diri pada Allah amat membahagiakan dan merasa diri sentiasa ditemani dalam mencari ilmu-ilmu yang bermanfaat.
Ke tiga, rugilah kita jika kita punya ilmu yang bermanfaat tetapi tidak dimanfaatkan sewajarnya. Ada dikalangan kita yang cukup bernasib baik kerana mempunyai kerjaya di bidang yang diceburi dan bidang akademik yang diiktirafnya. Tetapi tidak kurang ramainya dikalangan kita yang menceburi bidang kerjaya yang berbeza dengan bidang akademik mereka.
Meskipun begitu, lihatlah pada isi pati akademik bukanlah isi luaran akademik. Di universiti dan kolej, pelajaran terpenting adalah berdikari dalam pencarian ilmu.Ingatlah, tidak semua perkara dalam kertas peperiksaan yang datang dari kuliah bersama para pensyarah. Ada isi pelajaran datang dari kerja kursus dan tugasan yang diberikan.
Tanpa kita sedari, memenuhi tugasan adalah satu tarbiah kepada kita supaya berdikari dalam mencari ilmu. Tidak kurang dengan cara pensyarah yang menggalakan soalan ditanya ketika kuliah atau bertemu mereka untuk mendapat penjelasan yang lebih baik. Benar, belajar biarlah berguru.
Maka semua gaya hidup belajar di menara gading bukan sahaja mengajar kita akan isi luaran akademik tetapi isi pati akademik yang mengajar kaedah hidup dalam pencarian ilmu. Manfaatkan ilmu sebaik-baiknya dan jangan pula kedekut untuk berkongsi ilmu yang ada kerana ilmu itu juga bukan milik kita, tetapi milik Allah SWT.
Ke empat, menjaga kehidupan selepas graduasi dan ketika mendokong tanggungjawab bergelar pekerja. Sikap kapitalis kadang-kala membuatkan kita jauh dari landasan gaya hidup yang Islami.
Waktu solat tidak dijaga, hubungan kita dengan ibu bapa makin jauh, kuliah-kuliah agama ditinggalkan dan banyak lebihkan masa untuk bekerja dari perkara lain. Sememangnya ramai yang berkata, "baru mula kerja, biar usaha lebih sedikit". Tetapi ingatlah, jangan lepaskan masa muda begitu sahaja. Usia yang punya kekuatan mental dan tubuh badan yang cergas membolehkan kita sebenarnya mengisi usia dengan perkara lebih bermanfaat.
Caranya adalah mengimbangi antara tanggungjawab pejabat dan tanggungjawap ke atas diri sendiri dan manusia lain serta kepada Allah. Nekad dan usaha untuk pulang dari pejabat tepat pada waktunya. Teruskan hadir ke kuliah agama dan solat berjemaah. Berikan masa pada suami dan isteri serta anak-anak secukupnya.
Imbangkan hidup dengan nilai hidup yang lebih tinggi. Apalah sangat nilai hidup jika hanya pergi dan pulang pejabat, cukup bulan makan gaji. Selayaknya kita mengecapi kebahagian, ketenangan dan keseronokan hidup yang lebih bermakna dari itu seawal usia muda dengan izin Allah. InsyaAllah.
Ke lima, hati-hati dengan budaya syarikat. Kemasukan syarikat antarabangsa ke negara kita banyak memberi manfaat tetapi awas! Budaya syarikat tidak menekankan aspek rohani. Program syarikat seperti makan malam dan sambutan perayaan negara asal syarikat kadang-kala diisi dengan maksiat serta kemungkaran yang nyata. Hati-hati agar iman terjaga.
Ke enam, hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya. Pernah tidak kita mendengar nasihat ini "besar nanti, jadilah orang yang berguna" lalu kita berkata"ya". Begitu banyak maksud yang boleh disandarkan pada orang yang berguna tersebut.
Hanya satu untuk disentuh di sini iaitu apabila kita memperoleh pendapatan sendiri dan pada masa yang sama mempunyai ilmu serta pengalaman, jangan kita lupa bahawa kita tidak hidup bersendirian. Kita mungkin ada orang bawahan di pejabat, kita punya tukang sapu sampah di pejabat, tukang kebun atau orang gaji di rumah atau sesiapa sahaja yang pada hakikatnya segala urusan hidup kita bergantungan pada mereka ini. Kawallah diri supaya sentiasa menjaga hati mereka.
Berikan mereka hak untuk senyum dan rasa bahagia untuk bekerja untuk kita.Kita juga seharusnya memperbanyakan perkongsian perolehan kita dengan orang lain. Mengajar pekerja baru seikhlas-ikhlasnya, menyumbangkan untuk dana-dana kemasyarakatan dan menyalurkan tenaga kerja untuk kebaikan permasalahan awam antara cara-cara untuk memberi khidmat sukarela yang baik.
Ringankan tangan dan ikhlaskan hati untuk menyalurkan bantuan kepada yang memerlukan. Sasarannya masih sama iaitu menjadi orang yang berguna atau orang yang bermanfaat kerana kita tidak lagi terkongkong dengan pendapatan orang lain serta mempunyai masa yang boleh dikawal sendiri.
Terakhir, inilah masanya untuk kembali berjasa kepada ke dua ibu bapa kita.Inilah masanya untuk merasakan perit pahit dan manis yang dilalui oleh ibu dan bapa kita. Mengingat akan itu, maka berterima kasihlah pada ke dua mereka dan kembali berbaktilah kepada ke duanya.
Berikan masa dan hulurkan bantuan serta perhatian kepada mereka. Sedang kita dahulunya sibuk dengan keperluan kampus, kini tidak lagi. Kita punya kemampuan menyusun masa dan harta sendiri.
Hidup seorang anak hanya akan bahagia dan sebahagia-bahagianya dengan redha dari ibu dan bapa. Umur mereka makin lanjut dan makin kurang bertenaga. Mereka bukan perlukan wang dari kita tetapi mereka hanya dahagakan kasih sayang dari kita. Bahagiakan mereka, semoga Allah membahagiakan kita juga.
Tahniah atas graduasi dan selamat maju jaya.
Tuesday, 27 September 2011
Pilihan Di Tangan Kita!
Pada suatu hari nabi Nuh berdoa,"Ya Tuhanku, sesungguhnya mereka telah mendurhakaiku, dan telah mengikuti orang-orang yang harta dan anak-anaknya tidak menambah kepadanya melainkan kerugian belaka, dan melakukan tipu-daya yang amat besar.
Lantas mereka berkata: "Jangan sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) wadd, dan jangan pula suwaa', yaghuts, ya'uq dan nasr". Sesudah itu mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia); dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kesesatan."
Pada saat itu, Nabi Nuh berasa amat sedih. Usahanya selama 950 tahun berdakwah kepada kaumnya hanya mampu memikat hati tidak lebih dari seratus orang sahaja untuk beriman kepada Yang Maha Esa. Seruan Nabi Nuh tidak menambah iman kebanyakan daripada meraka malah membuatkan mereka lebih jauh daripada kebenaran.
Segala cara dakwah yang telah dilakukan oleh Sang Nabi ini, baik dari segi terang-terangan, secara terbuka mahupun secara diam-diam, mereka tetap tidak mahu beriman kepada Allah S.W.T. Tatkala Nabi Nuh menyampaikan risalah yang diturunkan kepadanya, kaumnya memasukkan anak-anak jari ke dalam telinga mereka dan menutupkan baju mereka ke wajah-wajah mereka.
Akhirnya, Tuhan Yang Maha Mendengar segala rintihan hamba-Nya ini, memerintahkan kekasih-Nya itu untuk bersama-sama para pengikutnya, membina sebuah kapal yang begitu besar. Namun, orang-orang yang beriman yang terdiri dari kelompok yang begitu kecil ini, tetap lagi di uji oleh Allah.
Mereka dicemuh, dicerca, diejek malah dikatakan gila oleh kaum sendiri gara-gara membina sesuatu yang tiada faedahnya bagi mereka. "Wahai Nuh! Sejak bila engkau telah menjadi tukang kayu dan pembuat kapal? Bukankah engkau seorang nabi dan rasul menurut pengakuanmu? Kenapa sekarang menjadi seorang tukang kayu dan pembuat kapal? Dan kapal yang engkau buat itu di tempat yang jauh dari air ini adalah maksudmu untuk ditarik oleh kerbau ataukah mengharapkan angin yang akan menarik kapalmu ke laut?" Sungguhpun begitu, mereka tidak menghiraukan segalanya itu, kerana mereka yakin, janji Allah pasti akan sampai, dan Dia akan menyelamatkan hamba-hamba-Nya yang beriman.
Waktu yang dijanjikan pun tiba. Janji Allah itu benar dan ia berlaku. Allah betul-betul membantu hamba-hamba-Nya yang beriman. Dan Allah betul-betul menghapus dan membinasakan makhluk-makhluk yang kufur dan ingkar.
Pada waktu banjir besar itu, jelas dan terbuktilah, golongan yang menjadikan nabi dan golongan yang beriman itu sebagai teman setia mereka telah terselamat dan benar-benar menerima bantuan dan rahmat Allah. Mereka diredhai dan dikasihi oleh Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Pada waktu itu, jelas dan terbukti juga golongan yang menjadikan syaitan dan golongan yang kufur ingkar sebagai teman rapat, dan menjadikan mereka sebagai tempat bergantung harap, tidak terselamat dan benar-benar telah dibinasakan. Mereka dimurkai dan dibenci oleh Tuhan yang Maha Kuat dan yang Maha Gagah!
Lihatlah, bagaimana nasib dua golongan kaum nabi Nuh ini, yang telah diceritakan lengkap oleh Tuhan Yang Maha Mengetahui di dalam Al-Quran. Dua golongan yang begitu berbeza. Satu golongan yang menjadikan nabi dan orang-orang yang beriman sebagai teman rapat, dan satu lagi golongan yang menjadikan syaitan dan orang yang durhaka pada Tuhan sebagai teman setia mereka.
Maka, orang yang kita pilih sebagai temanlah yang akan membentuk diri kita. Pemikiran, akhlak, gaya hidup, cara pemakaian, dan sebagainya, sebahagian besarnya dipengaruhi oleh teman-teman yang ada di sekeliling kita. Allah sentiasa mengingatkan bahawa pengaruh rakan ini sentiasa akan membawa sama ada kepada keburukan atau kebaikan. Masih ingatkah kita pada firman Allah S.W.T. di Surah al-Kahfi ayat 28:
"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran."
Jadi, apa pilihan kita? Adakah kita mahu pilih teman yang sentiasa ingatkan kita tentang Tuhan, atau teman yang hanya buatkan kita lupa bahawa kita ada Tuhan? Teman yang baik ini sentiasa ingatkan kita tentang Pencipta, menegur saat kita lupa dan leka, bersama-sama berjalan dalam menunaikan tanggungjawab daie yang diamanahkan dan membantu tatkala diri memerlukan.

Sebaliknya teman yang lalai adalah teman yang sentiasa mempamerkan bahawa dunia ini adalah segalanya. Nafsu itu adalah raja. Hiburan itu adalah makanan rohaninya dan mati itu seolah-olah tidak akan kunjung tiba.
Jadi, pilihlah teman jenis apa yang kita mahukan, kerana pilihan sepenuhnya ditangan kita!

Thursday, 25 August 2011
Berakhirnya Ramadhan, Suka atau Duka?
BISMILLAHIROHMANIROHIM...Ramadhan akan meninggalkan kita dalam masa tidak beberapa hari sahaja lagi. Bulan keberkatan, rahmat, keampunan sudah hampir menutup tirainya. Syaitan-syaitan hampir dilepaskan belenggunya, pintu neraka hampir dibuka. Namun kita sebagai manusia (termasuk diri ini), masih terleka dengan kegembiraan syawal lebih dari kelebihan ramadhan yang disebut.
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 183
183. Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
Dalam ayat diatas jelas menunjukkan outcome terhadap orang-orang yang berpuasa adalah sejauh mana taqwanya meningkat. Kita? Adakah taqwa kita meningkat? Sesungguhnya untunglah orang-orang yang berjaya mendapat outcome yang dijamin oleh ALLAH ayat diatas. Siapakah orang-orang tersebut?
Mereka ialah orang orang merasai terkesannya diri untuk menjadi lebih baik, gembira sewaktu kedatangan ramadhan dan sedih sewaktu pemergiannya. Mengapa mereka merasai begitu? Sudah tentulah kerana ganjaran dan kebaikannya tidak ada di dalam bulan-bulan lain.
Antara kelebihan ramadhan ialah :
Pahala kebaikan digandakan. MasyaALLAH. Bayangkan kalau diluar ramadhan setiap satu kebaikan akan diberi sepuluh ganjaran, apatah lagi ramadhan? Sebagai contoh, dengan membaca al-Quran, ganjarannya mengikut berapa huruf yang dibaca. Jika satu surah al-Fatihah di baca pada luar bulan ramadhan, setiap huruf di beri ganjaran sepuluh kebaikan. Jika dibulan ramadhan, hanya dengan surah al-fatihah berganda-ganda ganjarannya. Apatah lagi yang menghabiskan satu Al-Quran. Begitu juga sedeqah dan sebagainya.
Allah membuka pintu keampunan seluas-luasnya. Sedangkan Rasulullah yang ma’sum pon setiap hari bertaubat kepada ALLAH, inikan lagi kita, manusia biasa, yang tidak diberi apa-apa jaminan syurga. Hanya orang-orang bijak sahaja yang mengambil peluang sehabis baik meminta keampunan di bulan ini. Setiap tangisan airmata yang keluar ikhlas kerana ALLAH itulah yang akan membantu menyelamatkan kita dari seksaan azab api neraka.
Malam lailatulqadar. Ganjaran yang ada pada malam ini sama seperti beribadat selama 1000 bulan atau bersamaan dengan 83 tahun. Mengikut salah satu pendapat ulama’ berdasarkan nas-nas, ia berlaku pada sepuluh malam ganjil sepuluh terakhir bulan ramadhan. Semua ciptaan ALLAH tunduk sujud dengan cara tersendiri pada malam itu, Inikan lagi manusia, yang diberi aqal, mereka perlulah lebih berusaha mencari malam ini.
Seperti firman Allah dalam (surah Al-Qadr : 1-5)
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
Doa dimakbulkan. Antara doa-doa akan ALLAH akan makbulkan dengan hebat ialah doa orang-orang yang berpuasa. Itupun jika puasa dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Berusaha untuk mencapainya, bukan setakat berdoa sahaja.
Dengan pemergian Ramadhan pada kali ini diharapkan memberi satu kekuatan dan latihan untuk terus istiqamah dalam melakukan amalan-amalan. Oleh itu wahai rakan sekalian, sambutlah aidilfitri dengan kegembiraan yang berpada-pada, janganlah sampai menjadikan syawal sebagai hari balas dendam atas segala apa yang kita tahan selama bulan ramadhan.
Kepada yang berusaha pergi bertarawikh di surau pada bulan ramadhan, teruskan usahamu untuk berjamaah fardhu di luar bulan ramadhan.
Kepada mereka yang berusaha berhenti merokok pada bulan ramadhan, teruskan usaha anda untuk berhenti merokok.
Kepada yang selalu menahan diri untuk mencarut pada bulan ramadhan, jaga mulutmu dari perkataan-perkataan yang tidak berguna itu selepas ramadhan.
Kepada mereka yang letih sujud berqiamullail pada bulan ramadhan, teruskan dengan bangun malam itu sepertimana kau mencari LailatulQadr di bulan ramadhan.
Kepada mereka yang menahan diri dari berdating dengan temanmu di bulan ramadhan teruskan usahamu membina pertalian suci diantara dua hati yang bukan muhrim.
Kepada mereka yang menahan nafsu daripada melakukan perkara-perkara yang terjurus kepada kelucahan semasa bulan ramadhan, jadikan syawal dan bulan-bulan seterusnya sebagai permulaan kepada pengakhiran.
Kepada mereka yang berusaha menutup aurat untuk bertarawikh di surau pada bulan ramadhan, teruskan usaha sucimu itu dibulan-ulan seterusnya. Agar ia menjadi kebiasaanmu kelak.
Dan begitulah selanjutnya, jadikanlah ramadhan sebagai latihan untuk kamu menjadi insan yang lebih berguna.
Terima kasih ALLAH kerana memberikan aku kesempatan untuk menghabiskan ramadhan pada tahun ini, dan sampaikanlah aku ke ramadhan seterusnya. Amin, Ya Rabbal- Alamin
Hadith Rasulullah SAW:
Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”. -Riwayat Ahmad dan At Tabrani daripada Anas-
Jazakumullah..
Sunday, 7 August 2011
Kisah Seorang Muazzin
Ada seorang pemuda yang tugasnya setiap waktu melaungkan azan di sebuah masjid. Pemuda ini kemudian berpindah ke Amerika dan menyewa hostel di sana. Bermulalah kehidupan barunya sebagai seorang penuntut. Biarpun berpengalaman sebagai muazzin, dia tidak pula cuba untuk meneruskan peranan ini di tempat tinggal barunya.Suatu hari, pintu biliknya diketuk. Bila dibuka, rupa-rupanya beberapa orang kawan barunya menanti. Mereka mengajak pemuda tersebut untuk bermain bowling. Pada mulanya pemuda itu menolak, namun setelah puas dipujuk, dia pun bersetuju.
Di dewan bowling petang itu, sejurus masuk waktu solat, pemuda itu memberitahu kawan-kawannya yang dia perlu menunaikan solat, lantas meninggalkan mereka untuk solat. Kali kedua ke tempat yang sama, pemuda itu tidak lagi mengerjakan solat di sana apabila masuk waktu. Mungkin terasa dirinya sebagai 'outsider' kerana solat keseorangan sebelumnya.
Suatu hari di tempat yang sama, semasa bermain bowling, teman-temannya ini membeli beberapa botol minuman keras. Pemuda tersebut diajak minum sama. Pada mulanya pemuda ini menolak. Tetapi setelah didesak dan dicabar oleh kawan-kawannya, ditelannya beberapa teguk. Oleh kerana dia tidak pernah minum minuman keras, kepalanya mula terasa ringan dan pandangannya berpinar. Diminumnya beberapa teguk lagi sebelum bangun terhuyung-hayang, melangkah ke sana ke mari di dewan boling itu.
Tanpa disedari oleh kawan-kawannya yang asyik bermain, dia menghampiri seorang wanita cantik yang duduk bersendirian di sebuah meja berdekatan dan mula mengacaunya. Tiba-tiba muncul teman lelaki wanita tersebut. Apabila ternampak apa yang sedang dibuat oleh pemuda itu, teman lelaki wanita itu lantas menghayun dan menghentakkan bola bowling dalam genggamannya ke atas kepala lelaki yang mabuk itu. Lelaki itu jatuh terkulai dan menghembuskan nafas yang terakhir di situ juga.
Kisah ini diceritakan oleh Shaykh Riad Ouarzazi dalam sebuah seminar berjudul A HEART SERENE(Jiwa Yang Tenang) anjuran AlMaghrib Institute (http://almaghrib.org). Sehingga hari ini masih terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata Shaykh Riad di akhir ceritanya, iaitu "(At all times) you're either the caller (dai'e) or the one called (mad'u)." Maksudnya, setiap saat dalam hidup ini, kita sama ada seorang mad'u (orang yang dipanggil) atau dai'e (orang yang memanggil).
Berdasarkan apa yang dinyatakan oleh Shaykh Riad seperti yang disebut di atas, sebagai seorang dai'e, anda sentiasa memanggil atau mempengaruhi orang lain untuk berbuat kebaikan atau sebaliknya. Jika anda bukan seorang dai'e, anda secara otomatis adalah seorang mad'u yang dipengaruhi oleh dai'e tersebut, tidak kira sama ada anda sedar ataupun tidak. Dalam cerita di atas, disebabkan pemuda yang asalnya muazzin enggan meneruskan hidupnya sebagai dai'e di tempat barunya, dia akhirnya termakan dengan pujuk rayu kawan-kawan barunya. Persoalannya ialah: Dalam hidup ini, adakah anda seorang mad'u atau dai'e?
[Tuan/Puan yang turut menghadiri seminar tersebut, harap sudi perbetulkan andaikata saya tersilap fakta di atas.]
JANGAN HINA ORANG LAIN
Sejurus mendengar kisah ini, saya terpegun sejenak. Terkenang pula kata-kata Shaykh Yahya Adel Ibrahim Alhafidz, salah seorang guru dan penceramah yang dikasihi dan dihormati keluarga saya. Beliau pernah berkata: "Never judge a person because you don't know his or her circumstances." Maksudnya "Jangan menghukum orang lain kerana engkau tidak tahu latar belakang dan situasi hidupnya."
Saya kira ini boleh diertikan, kita jangan sekali-kali memandang rendah akan orang lain. Anda yang berpendidikan tinggi agama, jangan sekali-kali memandang rendah orang yang berpendidikan sekular. Wanita yang menutup aurat jangan sekali-kali mencerca atau menghina wanita yang berseluar pendek atau berpakaian kurang sopan, kerana tidak tahu asal usul hidupnya. Mungkin dia dibesarkan oleh ibu bapanya dalam keadaan sedemikian dan tidak tahu apa istimewanya menutup aurat, dan mengapa wanita harus menutup aurat. Malah, saat saya bertemu dengan wanita seperti ini, saya mengingatkan diri saya sendiri, andaikata saya dibesarkan dalam keadaan yang sama, terdedah kepada pengalaman-pengalaman yang sama, mungkinkah saya juga sepertinya?
Seperti kisah muazzin di atas, saat terakhir kita menghembuskan nafas di persada dunia belum tentu lagi cerah gelapnya. Biarpun saat ini saya solat, berpuasa dan menutup aurat, hati manusia berubah-ubah, termasuk hati saya sendiri. Benar saya berusaha, tetapi mustahil berlaku sesuatu tanpa izinNya. Segala yang saya terima, nikmat sebagai insan bergelar Muslim ini pun, adalah pemberian dari Allah. Jika Allah kehendaki, bukankah Dia boleh menarik balik rahmat dan kurnia ini dari saya? Kerana itu hakNya dan Dialah yang Maha Berkuasa. Apalah daya saya untuk menolaknya?
TERKIKISNYA IMAN SEDIKIT DEMI SEDIKIT
Persoalan "Anda seorang mad'u atau dai'e?" yang dilemparkan oleh Shaykh Riad menyentak jiwa julung kali saya mendengarnya. Perspektif moden menekankan, soal spiritualiti itu hak mutlak individu. Justeru soal spiritualiti pantang ditonjolkan kerana "semua agama itu baik dan sama, terserah kepada individu untuk memilih agama yang sesuai dengannya".
Namun jika dilihat dari cerita di atas, sikap inilah yang mungkin membawa kita sedikit demi sedikit tergelincir lantas terjerumus ke dalam lembah yang tiada penghujungnya. Logiknya mudah; jika kita menganggap semua agama itu benar dan baik, tentu kita tidak nampak perlunya untuk memilih jalan sebagai mad'u atau dai'e.
Sebagai ibu atau bapa, adakah kita telah mendidik anak-anak untuk memilih antara hidup sebagai mad'u atau dai'e? Adakah kita menunjukkan contoh yang jelas kepada anak-anak dalam kehidupan seharian dengan membuat pilihan sebagai dai'e ke arah kebaikan? Amanah membesarkan anak-anak menjadi insan yang sempurna ini memang berat. Amat berat. Bagi diri saya sekalipun, saya yakin tidak pernah memikul tanggungjawab seberat ini. Setiap ketika terasa masih terlalu jauh perjalanan ini untuk mencapai apa yang diingini dari segi menerapkan ketaqwaan di jiwa anak-anak saya. Masih terlalu banyak yang belum saya laksanakan. Anda pula bagaimana?
Subscribe to:
Posts (Atom)