Search This Blog

Jihad Lillahi Taala..

Powered By Blogger

kata2 hikmah..

my post...

get this widget here

Monday 12 December 2011

KEPENTINGAN ISTIGHFAR....




اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لّا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتَ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتَ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِر لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْت
 
Saiyidul Istighfar (penghulu segala istighfar) :

Sabda Rasulullah s.a.w; “ Barangsiapa bertaubat dan membaca istighfar ini dengan ikhlas dan yakin maka sekiranya dia mati pada hari itu, Allah s.w.t. akan masukkan ia ke dalam syurga.”
Allah s.w.t. berfirman : “ Dan mohonlah keampunan dari Allah s.w.t. , sesungguhnya Allah s.w.t. Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ”

Maka kita diperintahkan oleh Allah SWT supaya memohon ampun dariNya. Sepertimana yang kita ketahui, Rasulullah S.A.W adalah seorang yang ma’sum iaitu jauh dari dosa tetapi tiap-tiap hari baginda memohon ampun dan beristighfar tidak kurang dari 70 kali. Atas sebab ini kita sebagai hamba yang sentiasa membuat dosa, perlulah beristighfar lebih daripada itu. Beristighfar juga adalah salah satu daripada rangkaian iman.
 
Kelebihan Istighfar:

1) Memperoleh anugerah & keutamaan daripada Allah
2) Meruntuhkan tipu daya iblis & menghancurkan kesesatan bisikannya
3) Menghilangkan kesusahan, meluaskan rezeki & memenuhi hajat
4) Menghilangkan kemarahan & perasaan tidak sabar
5) Mensucikan diri dari kesalahan
6) Mencegah malaikat pencatat amalan menulis kesalahan *Apabila seseorang hamba berdosa, tidak dituliskan segera kesalahan itu di dalam kitab cacatan amalan orang itu kerana menunggu samada hamba itu beristighfar atau tidak. Jika ia beristighfar dan menyesali perbuatannya tadi maka dosanya itu tidak ditulis.
7) Membersihkan hati dari kelalaian & melicinkan hati dari kelupaan
8) Mendekatkan diri kepada Allah, mengkifarah 10 dosa, menjadi sebab diterima taubat & memperolehi Husnul Khatimah
9) Memperolehi keselamatan & kesejahteraan
10) Diangkat darjatnya di dalam syurga *Sabda Rasulullah s.a.w.: “Bahawasanya Allah mengangkat darjat seseorang hambaNya di dalam syurga. Maka si hamba itu bertanya; “Dari manakah saya memperoleh darjat ini Ya Tuhanku?. Menjawab Allah s.w.t. ; Darjat ini kamu perolehi dari istighfar yang dilakukan oleh anakmu.
 
Adab Beristighfar:

#Meninggalkan maksiat yang dilakukan
#Menyesali perbuatan maksiat yang telah dilakukan
#Berazam tidak akan mengulangi kesalahan atau maksiat itu
#Digalakkan mengulang istighfar sebanyak 3 kali
#Hendaklah istighfar itu dilakukan dengan lidah yang mengucapkannya beserta hati yang benar-benar tunduk & harap akan memperolehi keampunan Allah.

Tempat Dan Masa:

-Sepanjang hari sepanjang malam
-Sesudah terlanjur melakukan dosa
-Ketika hendak meninggalkan sesuatu majlis
-Ketika sahur, hendak tidur, keluar dari tandas
-Pada permulaan atau pertengahan atau selesai berwudhuk
-Ketika terbenam matahari, gerhana matahari
-Ketika masuk & keluar dari masjid
-Di dalam solat dan ketika gelisah

Tuesday 18 October 2011

Nilai Hidup Selepas Konvokesyen



Musim konvokesyen datang lagi. Tahniah kepada para graduan yang berjaya memperoleh sijil akademik masing-masing. Sijil yang dipegang dan dijulang akan lebih bermakna apabila ilmu dari pencapaian itu dimanfaatkan sebaik-baiknya. Maka, eloklah saya menyentuh beberapa aspek yang perlu kita sama-sama memperingati selepas graduasi.
Pertama, akademik adalah hanya salah satu cabang ilmu yang ada di muka bumi Allah SWT. Kita tidak seharusnya terus rasa senang dengan menggenggam sijil pencapaian kerana kita hanya diiktiraf dalam satu cabang ilmu dari beribu-ribu cabang ilmu yang lain.
Ilmu yang kita peroleh itu hanyalah pinjaman Allah kepada kita, sedangkan hakikatnya ilmu-ilmu Allah lebih luas. Maka, kita perlu terus mencari ilmu dan menambah ilmu yang ada dengan mengisi umur kita sehari-hari sebaik-baiknya.
Kedua, menerima hakikat bahawa ilmu Allah itu luas dan Allah Maha Bijaksana. Kita tidak layak bermegah-megah dan takabur dengan pencapaian kita. Meskipun, kita diiktiraf dengan pencapaian akademik yang menakjubkan, tidak bermakna kita hebat dalam semua bidang.
Begitu juga kita tidak perlu iri hati dengan pencapaian orang lain kerana setiap insan itu ada kelebihannya tersendiri dan hari ini bukanlah penamat bagi pencarian ilmu. Apa yang lebih penting adalah, kita masih boleh teruskan pencarian ilmu dan menjadi insan berilmu.
Dalam pada itu, kita perlu merendah diri dan sentiasa bersyukur kepada Allahkerana ilmu Allah begitu luas jika dibandingkan dengan apa kita peroleh. Rasa malu dan merendah diri pada Allah amat membahagiakan dan merasa diri sentiasa ditemani dalam mencari ilmu-ilmu yang bermanfaat.
Ke tiga, rugilah kita jika kita punya ilmu yang bermanfaat tetapi tidak dimanfaatkan sewajarnya. Ada dikalangan kita yang cukup bernasib baik kerana mempunyai kerjaya di bidang yang diceburi dan bidang akademik yang diiktirafnya. Tetapi tidak kurang ramainya dikalangan kita yang menceburi bidang kerjaya yang berbeza dengan bidang akademik mereka.
Meskipun begitu, lihatlah pada isi pati akademik bukanlah isi luaran akademik. Di universiti dan kolej, pelajaran terpenting adalah berdikari dalam pencarian ilmu.Ingatlah, tidak semua perkara dalam kertas peperiksaan yang datang dari kuliah bersama para pensyarah. Ada isi pelajaran datang dari kerja kursus dan tugasan yang diberikan.
Tanpa kita sedari, memenuhi tugasan adalah satu tarbiah kepada kita supaya berdikari dalam mencari ilmu. Tidak kurang dengan cara pensyarah yang menggalakan soalan ditanya ketika kuliah atau bertemu mereka untuk mendapat penjelasan yang lebih baik. Benar, belajar biarlah berguru.
Maka semua gaya hidup belajar di menara gading bukan sahaja mengajar kita akan isi luaran akademik tetapi isi pati akademik yang mengajar kaedah hidup dalam pencarian ilmu. Manfaatkan ilmu sebaik-baiknya dan jangan pula kedekut untuk berkongsi ilmu yang ada kerana ilmu itu juga bukan milik kita, tetapi milik Allah SWT.
Ke empat, menjaga kehidupan selepas graduasi dan ketika mendokong tanggungjawab bergelar pekerja. Sikap kapitalis kadang-kala membuatkan kita jauh dari landasan gaya hidup yang Islami.
Waktu solat tidak dijaga, hubungan kita dengan ibu bapa makin jauh, kuliah-kuliah agama ditinggalkan dan banyak lebihkan masa untuk bekerja dari perkara lain. Sememangnya ramai yang berkata, "baru mula kerja, biar usaha lebih sedikit". Tetapi ingatlah, jangan lepaskan masa muda begitu sahaja. Usia yang punya kekuatan mental dan tubuh badan yang cergas membolehkan kita sebenarnya mengisi usia dengan perkara lebih bermanfaat.
Caranya adalah mengimbangi antara tanggungjawab pejabat dan tanggungjawap ke atas diri sendiri dan manusia lain serta kepada Allah. Nekad dan usaha untuk pulang dari pejabat tepat pada waktunya. Teruskan hadir ke kuliah agama dan solat berjemaah. Berikan masa pada suami dan isteri serta anak-anak secukupnya.
Imbangkan hidup dengan nilai hidup yang lebih tinggi. Apalah sangat nilai hidup jika hanya pergi dan pulang pejabat, cukup bulan makan gaji. Selayaknya kita mengecapi kebahagian, ketenangan dan keseronokan hidup yang lebih bermakna dari itu seawal usia muda dengan izin Allah. InsyaAllah.
Ke lima, hati-hati dengan budaya syarikat. Kemasukan syarikat antarabangsa ke negara kita banyak memberi manfaat tetapi awas! Budaya syarikat tidak menekankan aspek rohani. Program syarikat seperti makan malam dan sambutan perayaan negara asal syarikat kadang-kala diisi dengan maksiat serta kemungkaran yang nyata. Hati-hati agar iman terjaga.
Ke enam, hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya. Pernah tidak kita mendengar nasihat ini "besar nanti, jadilah orang yang berguna" lalu kita berkata"ya". Begitu banyak maksud yang boleh disandarkan pada orang yang berguna tersebut.
Hanya satu untuk disentuh di sini iaitu apabila kita memperoleh pendapatan sendiri dan pada masa yang sama mempunyai ilmu serta pengalaman, jangan kita lupa bahawa kita tidak hidup bersendirian. Kita mungkin ada orang bawahan di pejabat, kita punya tukang sapu sampah di pejabat, tukang kebun atau orang gaji di rumah atau sesiapa sahaja yang pada hakikatnya segala urusan hidup kita bergantungan pada mereka ini. Kawallah diri supaya sentiasa menjaga hati mereka.
Berikan mereka hak untuk senyum dan rasa bahagia untuk bekerja untuk kita.Kita juga seharusnya memperbanyakan perkongsian perolehan kita dengan orang lain. Mengajar pekerja baru seikhlas-ikhlasnya, menyumbangkan untuk dana-dana kemasyarakatan dan menyalurkan tenaga kerja untuk kebaikan permasalahan awam antara cara-cara untuk memberi khidmat sukarela yang baik.
Ringankan tangan dan ikhlaskan hati untuk menyalurkan bantuan kepada yang memerlukan. Sasarannya masih sama iaitu menjadi orang yang berguna atau orang yang bermanfaat kerana kita tidak lagi terkongkong dengan pendapatan orang lain serta mempunyai masa yang boleh dikawal sendiri.
Terakhir, inilah masanya untuk kembali berjasa kepada ke dua ibu bapa kita.Inilah masanya untuk merasakan perit pahit dan manis yang dilalui oleh ibu dan bapa kita. Mengingat akan itu, maka berterima kasihlah pada ke dua mereka dan kembali berbaktilah kepada ke duanya.
Berikan masa dan hulurkan bantuan serta perhatian kepada mereka. Sedang kita dahulunya sibuk dengan keperluan kampus, kini tidak lagi. Kita punya kemampuan menyusun masa dan harta sendiri.
Hidup seorang anak hanya akan bahagia dan sebahagia-bahagianya dengan redha dari ibu dan bapa. Umur mereka makin lanjut dan makin kurang bertenaga. Mereka bukan perlukan wang dari kita tetapi mereka hanya dahagakan kasih sayang dari kita. Bahagiakan mereka, semoga Allah membahagiakan kita juga.
Tahniah atas graduasi dan selamat maju jaya.

Tuesday 27 September 2011

Pilihan Di Tangan Kita!

Pada suatu hari nabi Nuh berdoa,"Ya Tuhanku, sesungguhnya mereka telah mendurhakaiku, dan telah mengikuti orang-orang yang harta dan anak-anaknya tidak menambah kepadanya melainkan kerugian belaka,  dan melakukan tipu-daya yang amat besar.


Lantas mereka berkata: "Jangan sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) wadd, dan jangan pula suwaa', yaghuts, ya'uq dan nasr". Sesudah itu mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia); dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kesesatan."


Pada saat itu, Nabi Nuh berasa amat sedih. Usahanya selama 950 tahun berdakwah kepada kaumnya hanya mampu memikat hati tidak lebih dari seratus orang sahaja untuk beriman kepada Yang Maha Esa. Seruan Nabi Nuh tidak menambah iman kebanyakan daripada meraka malah membuatkan mereka lebih jauh daripada kebenaran.


Segala cara dakwah yang telah dilakukan oleh Sang Nabi ini, baik dari segi terang-terangan, secara terbuka mahupun secara diam-diam, mereka tetap tidak mahu beriman kepada Allah S.W.T. Tatkala Nabi Nuh menyampaikan risalah yang diturunkan kepadanya, kaumnya memasukkan anak-anak jari ke dalam telinga mereka dan menutupkan baju mereka ke wajah-wajah mereka.
Akhirnya, Tuhan Yang Maha Mendengar segala rintihan hamba-Nya ini, memerintahkan kekasih-Nya itu untuk bersama-sama para pengikutnya, membina sebuah kapal yang begitu besar. Namun, orang-orang yang beriman yang terdiri dari kelompok yang begitu kecil ini, tetap lagi di uji oleh Allah.


Mereka dicemuh, dicerca, diejek malah dikatakan gila oleh kaum sendiri gara-gara membina sesuatu yang tiada faedahnya bagi mereka.  "Wahai Nuh! Sejak bila engkau telah menjadi tukang kayu dan pembuat kapal? Bukankah engkau seorang nabi dan rasul menurut pengakuanmu? Kenapa sekarang menjadi seorang tukang kayu dan pembuat kapal? Dan kapal yang engkau buat itu di tempat yang jauh dari air ini adalah maksudmu untuk ditarik oleh kerbau ataukah mengharapkan angin yang akan menarik kapalmu ke laut?" Sungguhpun begitu, mereka tidak menghiraukan segalanya itu, kerana mereka yakin, janji Allah pasti akan sampai, dan Dia akan menyelamatkan hamba-hamba-Nya yang beriman.


Waktu yang dijanjikan pun tiba. Janji Allah itu benar dan ia berlaku. Allah betul-betul membantu hamba-hamba-Nya yang beriman. Dan Allah betul-betul menghapus dan membinasakan makhluk-makhluk yang kufur dan ingkar.
Pada waktu banjir besar itu, jelas dan terbuktilah, golongan yang menjadikan nabi dan golongan yang beriman itu sebagai teman setia mereka telah terselamat dan benar-benar menerima bantuan dan rahmat Allah. Mereka diredhai dan dikasihi oleh Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Pada waktu itu, jelas dan terbukti juga golongan yang menjadikan syaitan dan golongan yang kufur ingkar sebagai teman rapat, dan menjadikan mereka sebagai tempat bergantung harap, tidak terselamat dan benar-benar telah dibinasakan. Mereka dimurkai dan dibenci oleh Tuhan yang Maha Kuat dan yang Maha Gagah!


Lihatlah, bagaimana nasib dua golongan kaum nabi Nuh ini, yang telah diceritakan lengkap oleh Tuhan Yang Maha Mengetahui di dalam Al-Quran. Dua golongan yang begitu berbeza. Satu golongan yang menjadikan nabi dan orang-orang yang beriman sebagai teman rapat, dan satu lagi golongan yang menjadikan syaitan dan orang yang durhaka pada Tuhan sebagai teman setia mereka.


Maka, orang yang kita pilih sebagai temanlah yang akan membentuk diri kita. Pemikiran, akhlak, gaya hidup, cara pemakaian, dan sebagainya, sebahagian besarnya dipengaruhi oleh teman-teman yang ada di sekeliling kita. Allah sentiasa mengingatkan bahawa pengaruh rakan ini sentiasa akan membawa sama ada kepada keburukan atau kebaikan. Masih ingatkah kita pada firman Allah S.W.T. di Surah al-Kahfi ayat 28:


"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran."


Jadi, apa pilihan kita? Adakah kita mahu pilih teman yang sentiasa ingatkan kita tentang Tuhan, atau teman yang hanya buatkan kita lupa bahawa kita ada Tuhan? Teman yang baik ini sentiasa ingatkan kita tentang Pencipta, menegur saat kita lupa dan leka, bersama-sama berjalan dalam menunaikan tanggungjawab daie yang diamanahkan dan membantu tatkala diri memerlukan.


Sebaliknya teman yang lalai adalah teman yang sentiasa mempamerkan bahawa dunia ini adalah segalanya. Nafsu itu adalah raja. Hiburan itu adalah makanan rohaninya dan mati itu seolah-olah tidak akan kunjung tiba.
Jadi, pilihlah teman jenis apa yang kita mahukan, kerana pilihan sepenuhnya ditangan kita!

Thursday 25 August 2011

Berakhirnya Ramadhan, Suka atau Duka?

BISMILLAHIROHMANIROHIM...

Ramadhan akan meninggalkan kita dalam masa tidak beberapa hari sahaja lagi. Bulan keberkatan, rahmat, keampunan sudah hampir menutup tirainya. Syaitan-syaitan hampir dilepaskan belenggunya, pintu neraka hampir dibuka. Namun kita sebagai manusia (termasuk diri ini), masih terleka dengan kegembiraan syawal lebih dari kelebihan ramadhan yang disebut.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 183

183. Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Dalam ayat diatas jelas menunjukkan outcome terhadap orang-orang yang berpuasa adalah sejauh mana taqwanya meningkat. Kita? Adakah taqwa kita meningkat? Sesungguhnya untunglah orang-orang yang berjaya mendapat outcome yang dijamin oleh ALLAH ayat diatas. Siapakah orang-orang tersebut?

Mereka ialah orang orang merasai terkesannya diri untuk menjadi lebih baik, gembira sewaktu kedatangan ramadhan dan sedih sewaktu pemergiannya. Mengapa mereka merasai begitu? Sudah tentulah kerana ganjaran dan kebaikannya tidak ada di dalam bulan-bulan lain.

Antara kelebihan ramadhan ialah :

Pahala kebaikan digandakan. MasyaALLAH. Bayangkan kalau diluar ramadhan setiap satu kebaikan akan diberi sepuluh ganjaran, apatah lagi ramadhan? Sebagai contoh, dengan membaca al-Quran, ganjarannya mengikut berapa huruf yang dibaca. Jika satu surah al-Fatihah di baca pada luar bulan ramadhan, setiap huruf di beri ganjaran sepuluh kebaikan. Jika dibulan ramadhan, hanya dengan surah al-fatihah berganda-ganda ganjarannya. Apatah lagi yang menghabiskan satu Al-Quran. Begitu juga sedeqah dan sebagainya.

Allah membuka pintu keampunan seluas-luasnya. Sedangkan Rasulullah yang ma’sum pon setiap hari bertaubat kepada ALLAH, inikan lagi kita, manusia biasa, yang tidak diberi apa-apa jaminan syurga. Hanya orang-orang bijak sahaja yang mengambil peluang sehabis baik meminta keampunan di bulan ini. Setiap tangisan airmata yang keluar ikhlas kerana ALLAH itulah yang akan membantu menyelamatkan kita dari seksaan azab api neraka.

Malam lailatulqadar. Ganjaran yang ada pada malam ini sama seperti beribadat selama 1000 bulan atau bersamaan dengan 83 tahun. Mengikut salah satu pendapat ulama’ berdasarkan nas-nas, ia berlaku pada sepuluh malam ganjil sepuluh terakhir bulan ramadhan. Semua ciptaan ALLAH tunduk sujud dengan cara tersendiri pada malam itu, Inikan lagi manusia, yang diberi aqal, mereka perlulah lebih berusaha mencari malam ini.

Seperti firman Allah dalam (surah Al-Qadr : 1-5)

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Doa dimakbulkan. Antara doa-doa akan ALLAH akan makbulkan dengan hebat ialah doa orang-orang yang berpuasa. Itupun jika puasa dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Berusaha untuk mencapainya, bukan setakat berdoa sahaja.

Dengan pemergian Ramadhan pada kali ini diharapkan memberi satu kekuatan dan latihan untuk terus istiqamah dalam melakukan amalan-amalan. Oleh itu wahai rakan sekalian, sambutlah aidilfitri dengan kegembiraan yang berpada-pada, janganlah sampai menjadikan syawal sebagai hari balas dendam atas segala apa yang kita tahan selama bulan ramadhan.

Kepada yang berusaha pergi bertarawikh di surau pada bulan ramadhan, teruskan usahamu untuk berjamaah fardhu di luar bulan ramadhan.

Kepada mereka yang berusaha berhenti merokok pada bulan ramadhan, teruskan usaha anda untuk berhenti merokok.

Kepada yang selalu menahan diri untuk mencarut pada bulan ramadhan, jaga mulutmu dari perkataan-perkataan yang tidak berguna itu selepas ramadhan.

Kepada mereka yang letih sujud berqiamullail pada bulan ramadhan, teruskan dengan bangun malam itu sepertimana kau mencari LailatulQadr di bulan ramadhan.

Kepada mereka yang menahan diri dari berdating dengan temanmu di bulan ramadhan teruskan usahamu membina pertalian suci diantara dua hati yang bukan muhrim.

Kepada mereka yang menahan nafsu daripada melakukan perkara-perkara yang terjurus kepada kelucahan semasa bulan ramadhan, jadikan syawal dan bulan-bulan seterusnya sebagai permulaan kepada pengakhiran.

Kepada mereka yang berusaha menutup aurat untuk bertarawikh di surau pada bulan ramadhan, teruskan usaha sucimu itu dibulan-ulan seterusnya. Agar ia menjadi kebiasaanmu kelak.

Dan begitulah selanjutnya, jadikanlah ramadhan sebagai latihan untuk kamu menjadi insan yang lebih berguna.

Terima kasih ALLAH kerana memberikan aku kesempatan untuk menghabiskan ramadhan pada tahun ini, dan sampaikanlah aku ke ramadhan seterusnya. Amin, Ya Rabbal- Alamin

Hadith Rasulullah SAW:

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”. -Riwayat Ahmad dan At Tabrani daripada Anas-


Jazakumullah.. 

Sunday 7 August 2011

Kisah Seorang Muazzin


Ada seorang pemuda yang tugasnya setiap waktu melaungkan azan di sebuah masjid. Pemuda ini kemudian berpindah ke Amerika dan menyewa hostel di sana. Bermulalah kehidupan barunya sebagai seorang penuntut. Biarpun berpengalaman sebagai muazzin, dia tidak pula cuba untuk meneruskan peranan ini di tempat tinggal barunya.
Suatu hari, pintu biliknya diketuk. Bila dibuka, rupa-rupanya beberapa orang kawan barunya menanti. Mereka mengajak pemuda tersebut untuk bermain bowling. Pada mulanya pemuda itu menolak, namun setelah puas dipujuk, dia pun bersetuju.
Di dewan bowling petang itu, sejurus masuk waktu solat, pemuda itu memberitahu kawan-kawannya yang dia perlu menunaikan solat, lantas meninggalkan mereka untuk solat. Kali kedua ke tempat yang sama, pemuda itu tidak lagi mengerjakan solat di sana apabila masuk waktu. Mungkin terasa dirinya sebagai 'outsider' kerana solat keseorangan sebelumnya.
Suatu hari di tempat yang sama, semasa bermain bowling, teman-temannya ini membeli beberapa botol minuman keras. Pemuda tersebut diajak minum sama. Pada mulanya pemuda ini menolak. Tetapi setelah didesak dan dicabar oleh kawan-kawannya, ditelannya beberapa teguk. Oleh kerana dia tidak pernah minum minuman keras, kepalanya mula terasa ringan dan pandangannya berpinar. Diminumnya beberapa teguk lagi sebelum bangun terhuyung-hayang, melangkah ke sana ke mari di dewan boling itu.
Tanpa disedari oleh kawan-kawannya yang asyik bermain, dia menghampiri seorang wanita cantik yang duduk bersendirian di sebuah meja berdekatan dan mula mengacaunya. Tiba-tiba muncul teman lelaki wanita tersebut. Apabila ternampak apa yang sedang dibuat oleh pemuda itu, teman lelaki wanita itu lantas menghayun dan menghentakkan bola bowling dalam genggamannya ke atas kepala lelaki yang mabuk itu. Lelaki itu jatuh terkulai dan menghembuskan nafas yang terakhir di situ juga.
Kisah ini diceritakan oleh Shaykh Riad Ouarzazi dalam sebuah seminar berjudul A HEART SERENE(Jiwa Yang Tenang) anjuran AlMaghrib Institute (http://almaghrib.org). Sehingga hari ini masih terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata Shaykh Riad di akhir ceritanya, iaitu "(At all times) you're either the caller (dai'e) or the one called (mad'u)." Maksudnya, setiap saat dalam hidup ini, kita sama ada seorang mad'u (orang yang dipanggil) atau dai'e (orang yang memanggil).
Berdasarkan apa yang dinyatakan oleh Shaykh Riad seperti yang disebut di atas, sebagai seorang dai'e, anda sentiasa memanggil atau mempengaruhi orang lain untuk berbuat kebaikan atau sebaliknya. Jika anda bukan seorang dai'e, anda secara otomatis adalah seorang mad'u yang dipengaruhi oleh dai'e tersebut, tidak kira sama ada anda sedar ataupun tidak. Dalam cerita di atas, disebabkan pemuda yang asalnya muazzin enggan meneruskan hidupnya sebagai dai'e di tempat barunya, dia akhirnya termakan dengan pujuk rayu kawan-kawan barunya. Persoalannya ialah: Dalam hidup ini, adakah anda seorang mad'u atau dai'e?
[Tuan/Puan yang turut menghadiri seminar tersebut, harap sudi perbetulkan andaikata saya tersilap fakta di atas.]
JANGAN HINA ORANG LAIN
Sejurus mendengar kisah ini, saya terpegun sejenak. Terkenang pula kata-kata Shaykh Yahya Adel Ibrahim Alhafidz, salah seorang guru dan penceramah yang dikasihi dan dihormati keluarga saya. Beliau pernah berkata: "Never judge a person because you don't know his or her circumstances." Maksudnya "Jangan menghukum orang lain kerana engkau tidak tahu latar belakang dan situasi hidupnya."
Saya kira ini boleh diertikan, kita jangan sekali-kali memandang rendah akan orang lain. Anda yang berpendidikan tinggi agama, jangan sekali-kali memandang rendah orang yang berpendidikan sekular. Wanita yang menutup aurat jangan sekali-kali mencerca atau menghina wanita yang berseluar pendek atau berpakaian kurang sopan, kerana tidak tahu asal usul hidupnya. Mungkin dia dibesarkan oleh ibu bapanya dalam keadaan sedemikian dan tidak tahu apa istimewanya menutup aurat, dan mengapa wanita harus menutup aurat. Malah, saat saya bertemu dengan wanita seperti ini, saya mengingatkan diri saya sendiri, andaikata saya dibesarkan dalam keadaan yang sama, terdedah kepada pengalaman-pengalaman yang sama, mungkinkah saya juga sepertinya?
Seperti kisah muazzin di atas, saat terakhir kita menghembuskan nafas di persada dunia belum tentu lagi cerah gelapnya. Biarpun saat ini saya solat, berpuasa dan menutup aurat, hati manusia berubah-ubah, termasuk hati saya sendiri. Benar saya berusaha, tetapi mustahil berlaku sesuatu tanpa izinNya. Segala yang saya terima, nikmat sebagai insan bergelar Muslim ini pun, adalah pemberian dari Allah. Jika Allah kehendaki, bukankah Dia boleh menarik balik rahmat dan kurnia ini dari saya? Kerana itu hakNya dan Dialah yang Maha Berkuasa. Apalah daya saya untuk menolaknya?
TERKIKISNYA IMAN SEDIKIT DEMI SEDIKIT
Persoalan "Anda seorang mad'u atau dai'e?" yang dilemparkan oleh Shaykh Riad menyentak jiwa julung kali saya mendengarnya. Perspektif moden menekankan, soal spiritualiti itu hak mutlak individu. Justeru soal spiritualiti pantang ditonjolkan kerana "semua agama itu baik dan sama, terserah kepada individu untuk memilih agama yang sesuai dengannya".
Namun jika dilihat dari cerita di atas, sikap inilah yang mungkin membawa kita sedikit demi sedikit tergelincir lantas terjerumus ke dalam lembah yang tiada penghujungnya. Logiknya mudah; jika kita menganggap semua agama itu benar dan baik, tentu kita tidak nampak perlunya untuk memilih jalan sebagai mad'u atau dai'e.
Sebagai ibu atau bapa, adakah kita telah mendidik anak-anak untuk memilih antara hidup sebagai mad'u atau dai'e? Adakah kita menunjukkan contoh yang jelas kepada anak-anak dalam kehidupan seharian dengan membuat pilihan sebagai dai'e ke arah kebaikan? Amanah membesarkan anak-anak menjadi insan yang sempurna ini memang berat. Amat berat. Bagi diri saya sekalipun, saya yakin tidak pernah memikul tanggungjawab seberat ini. Setiap ketika terasa masih terlalu jauh perjalanan ini untuk mencapai apa yang diingini dari segi menerapkan ketaqwaan di jiwa anak-anak saya. Masih terlalu banyak yang belum saya laksanakan. Anda pula bagaimana?

Sunday 24 July 2011

Duhai Pemuda

Segar.. Saat kaki melangkah merentasi kabus pagi bersama sahabat-sahabat tadi, kepala terasa segar.
Pagi-pagi begini, menghirup udara segar-Nya, entah kenapa hati saya jadi teringat pada sahabat-sahabat di luar sana.
Yang Islamnya masih kabur..
Yang hiburannya masih lagi berlebihan..
Yang zina menjadi budaya..

Gusar.
Masa Depan
Kisah XPDC malam tahun baru yang lalu menggamit ruangan mata. Entah apalah khabarnya mereka. Sihatkah Imannya, sesihat tubuh kita semua yang elok berjalan ke sana ke mari?
Atau sakitkah Iman mereka, mencari penawar yang tidak kunjung tiba?
Membuka helaian akhbar pula seolah-olah mengambil belati tajam dan ditoreh hati ini halus-halus. Ah remaja... Mengapa kian alpa?
Jika kamu mahu melihat masa hadapan, lihatlah pemuda yang ada pada masa kini.
Pesan Saidina Umar al-Khatab menggamit gusar di hati. Jika mahu melihat pemuda zaman ini, pastinya hati menjadi gundah, jiwa menjadi tidak tenteram.
Apakah mungkin masa hadapan yang bakal ditempah semakin kelam, atau ada bahagia yang menggamit?
Saya tidak pasti.
Apa yang saya pasti, semakin ramai pemuda yang hilang rasa megah terhadap Islam, yang hanya tahu marah ketika Islam dikutuk tetapi diri sendiri tidak mengamalkan Islam yang sebenar.
Di mana hilangnya pemuda seperti Saidina Ali dan juga Zubair, atau Abbdurrahman bin Auf, atau Sultan Muhammad al-Fateh.
Mengapa pemuda yang mengerti Islam, semakin takut menyuarakan pandangan, hingga akhirnya kebatilan berdiri megah, menumpaskan kebenaran yang jatuh menyerah.
Buatmu Pemuda...
Imam as-Syahid Hasan al-Banna ada berpesan:



Ketika ada setiap kebangkitan ummat, pastilah pemuda menjadi tiangnya, di setiap sebalik pemikiran manusia, pastilah pemuda menjadi pengibarnya."
Begitu juga dengan ulamak terkenal, Syeikh Yusuf al-Qardhawi, beliau menegaskan :
Pemuda itu ibarat matahari ketika jam 12 tengah hari. Panasnya begitu terik, cahayanya begitu terang.
Wahai pemuda... Sedarkah perananmu kepada dunia? Tenaga yang kamu ada, mampu menggegarkan dunia. Tapi biarlah dengan gegaran Iman yang mampu menegakkan kembali kalimah Lailahailallah di muka bumi ini.
Bukannya gegaran yang mampu mematahkan Iman, atau mengundang bahagia para Syaitan laknatullah!
Ingatlah duhai pemuda pada kisah Ashabul Kahfi yang lari menyelamatkan Iman, lantas Allah tidurkan mereka dalam gua selama 309 tahun.
Ingatlah pada Nabi Ibrahim yang menggegarkan kerajaan Namrud, yang memecahkan berhala-berhala yang ada pada ketika itu, yang berfikir mengenai Tuhannya yang sebenar ketika usianya masih lagi kecil.
Ingatlah pada pemuda Ashabul Ukhdud yang meletakkan Allah di tempat yang utama, yang tidak kisah biar nyawanya menjadi gadaian, asal sahaja Islam tersebar luas.
Kisah Pemuda Islam
Sahabat mahu tahu bagaimana Islam menjadi gemilang suatu ketika dahulu?
Gemilangnya Islam adalah kerana wujudnya pemuda-pemuda hebat yang meletakkan Allah di tempat utama.
Menyelusuri sirah... Moga ada yang mengambil iktibar.
Zubair
Zubair, ketika usianya memasuki 15 tahun. Beliau telah menjadi seorang pendakwah yang diutus oleh Rasulullah S.A.W ke merata tempat. Beliau juga sering diajak berdiskusi bersama Rasulullah S.A.W.
Di sini terselit hikmah di mana Rasulullah S.A.W tidak membezakan yang tua atau yang muda. Bukan usia menjadi ukuran, tapi idea dan sejauh mana seseorang itu mampu memberi sumbangan untuk Islam adalah lebih utama.
Tolhah bin Ubaidillah
Ketika usianya 16 tahun, beliau sudah bergelar mujahid, pendakwah dan penyokong dana dalam kegiatan Rasulullah S.A.W.
Tolhah adalah seorang pemuda yang amat kaya raya. Jika sekarang, pemuda-pemuda zaman ini ada wang yang banyak pastinya mahu beli itu ini, atau mahu merasa hidup mewah..
Tidak bagi Tolhah bin Ubaidillah. Hartanya digunakan untuk Islam, fikirannya hanya memikirkan urusan dakwah.
Saad bin Abi Waqas
Ketika usianya 16 tahun, beliau telah menyertai peperangan Uhud dan syahid.
Sultan Muhammad al-Fateh
Ketika usianya 23 tahun, beliau telah berjaya menawan Kota Konstantinopal yang cuba ditawan oleh beberapa orang khulafa' namun menemui kegagalan.
Beliau tidak pernah meninggalkan qiamullail setelah usianya menginjak puluhan. Beliau adalah sebaik-baik pemimpin dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.
Ibnu Abbas
Beliau adalah anak saudara salah seorang isteri Nabi iaitu Maimunah. Pada suatu hari, Ibnu Abbas teringin benar melihat peribadi Rasulullah S.A.W. Maka, beliau tidak tidur malam menanti Rasulullah bangun di sepertiga malamny.
Beliau menunggu sahaja di hadapan pintu sehingga akhirnya Rasulullah S.A.W keluar dan Rasulullah amat terkejut melihat Ibnu Abbas sudah siap sediakan gayung untuk baginda berwudhu'.
Setiap gerak geri Baginda diperhatikan Ibnu Abbas, dan semenjak itulah Rasulullah S.A.W sering menyebut-nyebut nama Ibnu Abbas.
Apabila baginda wafat, Ibnu Abbas berasa amat sedih sehingga beliau menangis berhari-hari lamanya, namun akhirnya beliau dapat menerima hakikat bahawa waktu Rasulullah S.A.W sudah pun tiba.
Dengan penuh kecekalan, beliau terus menuntut ilmu daripada sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W, dan ada suatu ketika, beliau mengetuk pintu salah seorang rumah sahabat, tetapi pintu tidak dibuka dan Ibnu Abbas lantas tertidur di luar rumah sahabat tersebut.
Keesokan paginya, sahabat terkejut melihat Ibnu Abbas dan berkata "Wahai Ibnu Abbas, kenapa kamu tidur di luar? kamukan anak saudara Rasulullah, kamu ketuk, gegarkan sahaja pintu ini pasti aku membukanya."
Di sini terlihat cantiknya peribadi Ibnu Abbas, jika tiada jawapan dari dalam rumah, dibiarkan sahaja, tidak diganggu, mungkin tuan rumah ada urusan lain.
Suatu hari, ada sahabat Rasulullah S.A.W bertanya kepada Ibnu Abbas "Apa gerangan yang membuat kau begitu pandai, banyak hafal hadis dan dihormati oleh para sahabat?" Sahabat yang dikasihi semua, mari kita hayati apa yang dibalas oleh Ibnu Abbas ;
Saya punya lidah yang suka bertanya, dan punya akal yang suka berfikir.
Subhanallah sahabat!
Marilah menjadi pemuda yang bertaqwa, dan gegarkan dunia dengan kalimah Allah!
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. [Al-'Araf : 26]
Wallahu'alam

Tuesday 28 June 2011

"CATATAN SEORANG SUAMI SOLEH"


Wahai istriku, malam telah larut, dan aku melihat engkau telah terlelap dengan indahnya menuju mimpi-mimpimu, dapat aku melihat engkau tersenyum dengan indahnya di dalam tidurmu. Wahai istriku, beristirahatlah sebentar sebelum engkau bangun untuk mengerjakan sholat malammu…

Wahai istriku, dapat aku melihat bulir-bulir keringat membasahi keningmu, mungkin karena udara yang terasa panas di malam ini membuatmu banyak berkeringat dalam tidurmu, memang kamar yang sempit ini tidak memiliki AC, tidak banyak memiliki hiasan dan perabotan yang mahal, tidak juga kita tidur beralaskan tempat tidur yang empuk dan mewah. Namun diriku selalu bersyukur kepada Allah Ta’ala karena engkau menerima semua ini dengan lapang dada dan penuh kesabaran.

Wahai istriku, sewa rumah akan habis satu bulan lagi… dan tabungan kita belum cukup untuk membayar sewa rumah ini satu tahun ke depan, semoga Allah Ta’ala memberikan kita tambahan rizki agar kita mampu memperpanjang sewa rumah kecil ini, agar kita terlindung dari terik panas dan dinginnya malam, agar anak-anak kita pun bisa bernaung dari derasnya hujan dan memiliki tempat bermain. Memang tidak luas rumah yang kita sewa ini, namun bersama dirimu dan anak-anak kita semuanya menjadi teramat indah…kita memang tidak memiliki rumah tempat tinggal yang luas sebagai bagian dari kebahagiaan, namun aku memiliki sebagian kebahagiaan yang lain, yaitu dirimu sebagai istri yang shalihah yang selalu berada di sampingku, bersabar atas semua kesempitan dunia ini.

Wahai ibu dari anak-anakku, terima kasih karena engkau tidak mengeluh karena ketidak mampuan suamimu untuk membelikan sebuah rumah bagimu, terima kasih engkau telah membangkitkan semangatku untuk beribadah kepada Allah Ta’ala di tengah-tengah kesulitan kita, terima kasih atas kesabaranmu mendidik anak-anak kita ditengah kekurangan ini. Terima kasih wahai istriku engkau selalu mengingatkan aku untuk bersyukur kepada Allah Ta’ala atas rizki yang diberikan-Nya kepada kita sehingga kita bisa makan setiap hari tanpa kekurangan.
Wahai istri dari hamba yang dha’if… perkenankanlah suamimu mengajakmu untuk membangun sebuah rumah dan istana yang indah bagimu di surga kelak, dunia ini bukan bagian kita, dan kita tidak akan tinggal lama di dalamnya. Birlah kita kelak keluar dari segala kesempitan ini menuju kelapangan yang indah, insya Allah.

Wahai istriku mari kita bangun sebuah rumah di surga dengan sholat sunnah rowatib, berusahalaH untuk menegakkannya walau di tengah kesibukanmu mengurus rumah tangga dan anak-anak kita, berusahalah demi kebaikanmu dan kebaikan kita semua, aku akan membantumu dalam menjaga anak-anak kita dan membantumu mengerjakan pekerjaan rumah yang mampu aku lakukan.

Wahai istriku, mari kita bangun sebuah rumah di surga dengan meninggalkan debat, demi Alloh, debat itu hanya akan meninggalkan permusuhan dan kebencian, maka bersabarlah di dalam dakwah, ketika engkau sedang menasihati seseorang, maka perhatikanlah hak-haknya, jika dia bertanya kepadamu maka jawablah dengan baik sesuai dengan Al-Qur’an dan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, serta bersabarlah, jika ia mendebatmu maka tinggalkanlah dia. Wahai istriku, janganlah engkau banyak bercanda, apalagi jika engkau membumbuinya dengan dusta. Sungguh kedustaan itu akan meruntuhkan bagian rumahmu disurga kelak.

Wahai istriku, perbaguslah akhlakmu, berhiaslah dengan akhlak yang shalihah, berdasarkan Al-Qur’an dan sunnah ash shahihah, karena bukan saja engkau akan mendapatkan sebuah rumah di bagian teratas surga, engkau juga akan mendpatkan kecintaan dari Allah Ta’ala, kemudian dari aku suamimu, dari anak-anakmu, dari karib kerabatmu dan dari seluruh kaum muslimin.

Wahai istriku, kenalilah dunia dengan segala perangkapnya, dengan segala keburukan di dalamnya, Abu Hazim berkata, “Barangsiapa yang mengenal dunia, niscaya dia tidak akan senang dengan kemegahan yang ada di dalamnya dan tidak akan bersedih dengan bencana yang ada di dalamnya.”

Karena itu wahai istriku mari kita lalui kehidupan di dunia ini sebagaimana seseorang yang asing, sebagaimana seorang pengembara dalam perantauannya, mengambil seperlunya saja apa yang menjadi hak kita, karena kita akan meninggalan negeri perantauan ini dan kembali kepada kampung halaman akhirat yang kekal. Mari kita kumpulkan bekal sebaik-baiknya, semoga kelak ketika kita pulang ke kampung halaman kita, ada sebuah rumah yang indah menanti kita, sebuah rumah yang telah kita bangun sejak jauh hari dari sekarang ini…
ketika masih di dunia ini.

Menjaga Amanah Memuliakan Wanita


Dalam Islam, wanita begitu dihormati dan dimuliakan sehingga berada pada kedudukan yang tinggi. Agama Allah telah memelihara wanita secara fitrah dan mengakui peranannya yang cukup besar dalam masyarakat.Kewanitaan yang ada pada setiap Muslimah dianggap sebagai pelengkap bagi kaum lelaki, begitu juga lelaki sebagai penyempurna bagi wanita.
Khadijah binti Khuwailid adalah wanita yang layak mendapat kemuliaan. Allah begitu memuliakan beliau sehingga memilih menjadi pendamping hidup Rasulullah SAW. Allah menjadikan Nabi Muhammad SAW begitu istimewa untuk Khadijah begitu juga sebaliknya.
Dalam diri Khadijah, terkumpul segenap cinta, kasih sayang, kesucian hati, kelembutan sebagai seorang ibu dan pengorbanan jiwa dan harta. Jika Rasulullah adalah lelaki yang sempurna di dunia, maka Khadijah pula adalah wanita yang memiliki segenap kesempurnaan dan keelokan rupa dan dan juga peribadi.
Benarlah, wanita lambang kecantikan, kasih sayang dan kelembutan. Oleh itu, status mereka tidak sesekali direndahkan dan dihina malah Islam berusaha menentang segala bentuk penindasan dan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah mereka. Dalam surah an-Nisa' ayat 124 yang bermaksud,
" Barang siapa mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak teraniaya sedikitpun."
Wanita adalah makhluk Allah yang istimewa yang mana diciptakan dari tulang rusuk kiri lelaki. Sesungguhnya telah dijelaskan di dalam al-Quran dan juga hadis tentang betapa pentingnya peranan dan tanggungjawab wanita sama ada sebagai anak, isteri, ibu dan juga sebagai hamba Allah. Segala amanah yang dipikul itu wajib ditunaikan dengan sebaiknya supaya hidup diberkati dan mendapat ganjaran pahala daripada Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...